Mengenai Kami

Blog Al-Quranul Karim ini dibuat khas untuk pelayar internet di seluruh dunia membaca dan mendengar  alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim secara dalam talian di samping menghayati maksudnya dalam Bahasa Melayu (Malaysia).

Surah 086 - سورة الطارق‎ (Yang Datang di Malam Hari) Ayat 13 - 14


Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),


Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

Surah 085 - سورة البروج (Gugusan Bintang) Ayat 21 - 22


(Sebenarnya apa yang engkau [Muhammad] sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;


(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Surah 098 - سورة البينة (Pembuktian) Ayat 2 -3


Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,


Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.

Penulis mengalu-alukan sumbangan bagi membantu dalam pembangunan blog ini. Bagi memudahkan pengunjung memberi sumbangan atau derma, butang 'donation' melalui paypal disediakan di sebelah kanan.

Terima kasih diucapkan kepada anda yang telah menderma, semoga Allah memberkati usaha untuk memastikan blog ini sentiasa wujud dan disenggara sebaiknya.

Sekiranya anda mempunyai pautan bacaan dalam bentuk mp3 dari mana-mana laman internet, anda boleh berkongsi dengan memuatkan pautan tersebut di ruangan komen bagi setiap surah yang berkenaan. Pastikan fail adalah mp3. Selamat berkongsi!